Isnin, 20 Disember 2010

19) Nia



Sweet Couple     : Nia & Zam
Panggilan Comel : 'saya' dan 'awak'

Hari Bahagia      : 03-07-2007

HARI PERTAMA DI RUMAH MERTUA

Aku first time kenal mertua aku masa keluarga suami datang merisik. Itu pun tak ada bersembang apa-apa pun, iye la, aku sibuk kat dapur masa tu (eleh, kalau diaorang tak datang, takde pulak aku sibuk kat dapur kan..haha). Lepas merisik tu, memang aku tak jumpa dah mertua aku tu sebab dia jauh di Terengganu. Kali kedua jumpa masa aku dan suami bernikah (kami tak bertunang) dan kali ketiga masa majlis sambut menantu di Terengganu.
Masa majlis sambut menantu ni la, pengalaman kali pertama di rumah mertua untuk aku. Hari kenduri tu, aku duduk aje sebelah mak mertua aku masa tetamu datang bersalam dan bagi duit pada kami (aku suka betul bab dapat duit tu..makcik kayo!!). Kami takde bercakap sangat, iye la pulak, mak mertua aku kena melayan orang datang kan. Bila dah nak masuk petang, family aku yang menghantar pun nak balik dah. Masa ni aku rasa nak nangis weh (tapi, aku tak nangis arr,..tolong sikit ya :P). Malam tu, kami berehat aje la. Tapi, aku tak boleh lupa la perasaan 1st time tido rumah mertua. Rasa macam 1st time tido kat asrama, rasa nak balik rumah aje. Time sekolah asrama dulu, boleh la lari asrama, dah tua-tua ni takkan nak lari dari rumah mertua lak..buat malu aje.
Esoknya, baru la ade peningkatan komunikasi sikit dengan mak mertua aku. Aku tolong mak kemas pinggan mangkuk kenduri semalamnya tu. Masa tu aku ada la cakap-cakap dengan mak mertua aku. Mak mertua aku ok (pheww....alhamdulillah!), cuma dia macam aku jugak, kalau baru-baru kenal orang, tak cakap banyak sangat. Tapi, akhirnya aku dapat jugak biasakan diri kat rumah mertua aku. Mak dan ayah aku mulanya risau aku tak dapat biasakan diri, sebab diaorang kata sejak kecik, aku tak pernah duduk kampung. Tapi, aku rasa macam biasa aje duduk kat kampung pun, takde la rasa kekok melampau, rezeki aku kot..hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan