Isnin, 20 Disember 2010

17) *azni*


Sweet Couple      : Norafizalazni bt Hanafi "CINTA" Mohd Zulhelmi bin Idris
Panggilan Comel : Masa kitorang couple dah start panggil pa dan ma..tapi ada satu panggilan manje yang kitorang sama2 guna iaitu "MENG"..ada sejarah tersendiri camna "MENG" terjadi..kalo nak suruh amik kan sesuatu selalu camni "meng, amik kan papa buku tu" @ "meng, amik kan mama buku tu"
Hari Bahagia : 20-02-2009


HARI PERTAMA DI RUMAH MERTUA
kitorang nikah pada 20/2/2009 kat kampung ai di kelantan..seminggu lepas tu pada 28/2/2009 (bersamaan tarikh lahir hubby),kenduri kat rumah mertua di negeri sembilan pulak..bila duduk umah mertua ni hari pertama dan kedua ai okey lagi masuk je hari ketiga ai rasa serba tak kena pastu menangis nak balik kelantan..kebetulan plak ai demam teruk masa tu memang lagi ngada-ngada..

keluarga mertua ai memang baik tp biasa la awal2 perkahwinan ni ai tak biasa lagi dengan makanan dorang yang pedas2,perbezaan bahasa (dialek) *cakap ngan mertua mcm ayam dan itik* pastu dengan ipar duai lg..semua tu ai tengok dari sudut negative jadi ai rasa tak selesa bila duk sana..hubby pujuk-pujuk jugak supaya tak payah balik kelantan memandangkan dia nak bawak ai jalan2 jumpa sedara mara dia,baru kahwin la katakan harus promote bini..

tapi ai memang tak makan pujuk *ai makan nasik..hehe..* 
ikutkan hubby dia tak nak hantar ai balik kelantan tapi mak dia suruh hantar jugak..mak cakap "takpe la  kalau maksu*panggilan bg ai* nak balik..lagipon kelantan jauh nak balik susah,negeri sembilan ni dekat jer anytime boleh balik.."

esok tu kitorang (me dan hubby) balik kelantan..tapi ai tau masa tu hubby sedih sebab ai nampak air mata dia menitik masa salam ngn mak dia..pa,maafkan ma...

tp selepas setahun lebih kahwin baru ai tau kite bukan kahwin dgn suami sahaja tapi dengan seluruh ahli keluarga nye..*jangan ingat sayang anak dia jer,mak pak dia pun kena sayang jugak*
ditambah lagi dengan kehadiran putera kesayangan kami maka lengkap la hidup kami..like heaven.. =)

1 ulasan: